Saturday 13 October 2012

KERANA 10 sen . .



NOTE dari FACEBOOK


  "Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam. Pemuda ini terlalu baik dan selalu berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Apabila Rasulullah menceritakan tentang syurga, dia menangis kerana merindui syurga Allah, dan ketika Rasulullah menceritakan tentang neraka, dia menangis terketar2 kerana takutkan api neraka Allah yang dahsyat itu.   Pada suatu hari,Rasulullah ingin menguji sifat amanah pemuda itu dengan menyerahkan sebuah bungkusan padanya untuk disampaikan kepada seseorang yang tinggal di hujung bukit. Pemuda Ansar menerima tugas itu dengan gembira. Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan amanah Rasulullah dengan sebaiknya. Ketika melalui kawasan tepi sungai yang sangat cantik, dia terpandang seorang wanita cantik yang sedang mandi di sungai. Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar panjang dan segera memalingkan wajahnya. Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.      Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu pada Rasulullah. Dia yakin Rasulullah akan mendapat perkhabaran daripada Allah. Dia tidak snggup berhadapan dengan Rasulullah kerana berasa berdosa. Pemuda itu melarikan diri ke kawasan gunung-ganang di antara Makkah dan Madinah.   Selama 21 hari pemuda itu tidak pulang2, Rasulullah khuatir tentang keadaanya. Malaikat Jibril turun memberitahu Rasulullah tempat pemuda itu berada. Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang. Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa : 'Ampunkan dosaku Ya Allah..jangan engkau bakar mataku ini kerana dosa melihat aurat wanita itu. Aku tidak sengaja Ya Allah..'      Rasulullah memujuknya untuk pulang. Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah. Pemuda itu menangis menceritakan dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita. Lalu Rasulullah memujuknya dengan membacaayat 201 dari surah Al-Baqarah. Kata Rasulullah, sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya. Ayat itu bermaksud, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka...''   Tatkala Rasulullah tamat membacakan doa itu, pemuda itu jatuh pengsan. Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan kamu pengsan? Jawab pemuda itu, aku begitu ketakutan mendengar Rasulullah menyebut api neraka. Dia terbayangkan azab dan seksaan neraka yang amat dahsyat.  Tidak lama selepas Rasulullah pulang, pemuda itu jatuh sakit. Rasulullah tahu bahawa sakit pemuda itu tidak akan sembuh, dan sedang menunggu hari untuk pulang ke sisi Allah. Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaanya, seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat2 baginda yang sakit.   Pemuda itu menghalang Rasulullah daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda. Katanya, 'Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku, sedangkan pangkuanmu terlalu suci dan bersih.'' Rasulullah menitiskan air mata kerana terharu dengan ketakwaan pemuda itu. Lalu Rasulullah bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu. Pemuda itu menjawab, 'Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisiNYA, bolehkah engkau tanyakan kepada Allah, apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?'   Rasulullah berdoa dan turunlah Jibril menyampaikan berita: 'Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu. Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun, lalu dia bertaubat dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga!' 
   Selepas melafazkan kalimah La ilaha  illallah, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa jenazah pemuda itu dibawa untuk dikebumikan, sahabat terpandangkan Rasulullah berjalan terjengket2. Sahabat bertanyakan, 'apakah kaki Rasulullah terkena duri @ kaca? Lalu Rasulullah menjawab, 'Bukan wahai sahabatku, Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak. Aku berjalan begini kerana terlalu sesak...tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini. Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa. Dia seorang lelaki penghuni syurga...'#muhasabahdiri#(^__^) 

Sami Yusuf - Asma Allah

Friday 12 October 2012

nie HAFIZ nak share satu bnda nie 
HAFIZ pown x taw btol ke
tpi dri apa yg HAFIZ baca
ia mnceritakan bnda yg sngt hebat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
=
kisah pelajat UIA bertemu RASU:LULLAH . . :)

Sunday 30 September 2012

msti suma orang tau kan spa nie . . xtualy HAFIZ minat giler at heliza helmi . . bab dya dpt ubah dri dya yg dulu biasa2 sja . . tpi skrng mmnting kan auratnya . . HAFIZ tau dya still belakon . . tpi pakaian dya . . tudung dya . . mmg terbaek la . . tabek springgggg at dya nie . . 
 . . ♥   ♥ . . 

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar
(Surah An-Nisa 4: Ayat ke 34)


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.